BERDOSA adalah kumpulan trio rock, heavy-laden, psychedelic dari Kuala Lumpur, Malaysia. Band ini terdiri daripada Ravi Shankar (Dram), Ezekiel Mavani (Bass), dan Afiq Iskandar (Vokal).
Bunyian mereka terbaik digambarkan sebagai dysfunctional, perkahwinan antara metal alternatif awal 90 an dan kugiran "contemporary fuzzed-out stoner rock". Dengan pengaruh dari kugiran Deftones, Windhand, Chevelle, Weedeater, Mastodon, Black Sabbath, Tool dan Meshuggah.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang BERDOSA dan juga
ahlinya, silakan ikuti temubual dibawah.
Ceritakan bagaimana Berdosa telah
ditubuhkan?
Band ini tertubuh apabila kami sedar kami
bertiga suka akan lagu-lagu yang berat dan berdentum. Sekaligus kami terjumpa band-band yang bermain musik yang kami
cuba sampaikan. Kami semua berkenalan melalui rakan-rakan satu bulatan. Saya
(Amber) kenal Eze dari seorang rakan dan Saya dan Eze bertemu Ravi di sebuah event.
Soalan buat Amber, adakah ini diri anda
yang sebenar untuk bermain muzik yang lebih berat berbanding OCK dan Red Ruby Avengers?
Saya rasa tiada istilah diri sebenar sebenarnya.kita semua
mempunyai aspek-aspek berbeza dalam personaliti kita jadi saya gunakan muzik
sebagai satu tool atau alat untuk
meneroka aspek-aspek tersebut.
Ceritakan latar belakang anda Eze dan
Ravi?
Ravi
Saya bermula main muzik sejak zaman sekolah dan bermain
professional sudah 12 tahun. Selain Berdosa, saya telah bermain dalam Instrumental Progressive Rock band
bernama Sedsuna. Saya juga bermain dalam World Music Fusion band, Diplomats of Drum yang dulu pergi
tour di U.S selama 2 bulan dan bermain festival muzik seperti Rainforest World
Music Festival dan banyak lagi festival dalam dan luar negara. Selain itu,
sekarang saya bermain dalam Psychedelic Rock
band, Skits dan juga menjadi sessionist untuk artis tempatan seperti
Brendan De Cruz, Kien Lim, Sarah Daniella dan banyak lagi.
Eze
Perjalanan saya dalam dunia muzik bermula semenjak saya
bermain biola sekitar umur 10 tahun di Dubai dan pada masa itu saya bermain
untuk sebuah kumpulan orkestra. Sebanyak mana saya menghayati muzik "chamber" dan
klasikal, saya merasakan muzik rock dan heavy metal jauh lebih bergema dalam
jiwa saya. Dulu saya pernah bermain dalam sebuah kuartet hard-rock dari
Australia bernama Tragic Earth, dan kami telahpun membuat tour secara meluas di
Australia dan Malaysia, sebelum kumpulan
Berdosa ditubuhkan (bersama Afiq). Buat masa ini, di samping
BERDOSA, saya turut bermain dalam sebuah kumpulan death metal bernama Mothflesh.
Berikan 3 Kugiran yang kalian minati?
Eze: Iron Monkey, Maddame, Deafheaven
Ravi: Deja Voodoo Spells, Mastodon,
Sevendust
Amber: Silvrechair, My Vitriol,
Butterfingers
SMELLS LIKE TREE SPIRIT EP
Kalian menyatakan tentang isi kandungan EP
tersebut berkaitan dengan “Malaysian society; paradoxical occultism, social
conformity and fellatio”, apa yang dimaksudkan sebenarnya?
Sudut pandangan falsafah Berdosa terhadap masyarakat, ataupun
secara spesifiknya masyarakat Malaysia hanyalah sebuah pandangan semata-mata.
Sebagai kugiran rock, kami tidak berniat untuk mempromosikan mahupun
menyebarkan mesej tertentu kepada orang ramai tapi kami bertujuan untuk
menyatakan secara tersirat apa yang bercanggah, lucu dan kadangkala sorotan
skandal masyarakat Malaysia harian. Alam ghaib (occultism), fellatio, dan si
buta yang memimpin para buta bukanlah sesuatu yang baharu buat masyarakat
Malaysia. Memang tidak ramai yang membincangkan tentang hal tersebut, tapi
ianya memang wujud. Kami tidak mempromosikan atau menghalang sesiapa dari
melakukan apapun. Berdosa hanyalah sebuah cermin kecil yang dilihat
sekali-sekala oleh semua orang untuk diperingatkan bahawa kita semua ini adalah
Pendosa.
Dari segi pembikinan lagu, bagaimana cara
ia berlaku?
Kebanyakan riff asal bermula dari saya dan kemudian di
perkembangkan dengan band. Ada juga lagu yang bermula dengan Eze. Kami akan
kumpulkan riff-riff dan kemudian keluarkan satu persatu mengikut kesesuaian
lagu.
Adakah para pendengar dapat mendengar lagu
berbahasa melayu pada masa akan datang?
In sya Allah, kami memang ada plan untuk satu lagu Melayu.
Mungkin dalam next EP.
Berapa lama masa diambil untuk
menyiapkan EP tersebut?
Kami mengambil masa sekitar 3 bulan untuk menyiapkan EP tersebut. Sebelum ini, kami telahpun
merakam single pertama berjudul ‘Thundergun’ bersama bekas pemain dram, dan apa
yang tinggal selepas itu hanyalah ‘Digimon Democracy’ dan ‘Philosophers’, yang
telah siap dirakam bersama ahli (Berdosa) sekarang. Kami telah membuat rakaman
secara langsung di Village Roof sebagai percubaan untuk memanfaatkan aksiom live sound yang sukar dicapai. Namun,
sebagai sebuah band, tiada sesiapa di antara kami yang pernah merakam muzik
sebegini rupa. Hasilnya memang lebih dari memuaskan, tapi kami rasakan bahawa
rakaman tersebut boleh dibawa dengan lebih jauh lagi dari segi soniknya dengan
menambah beberapa lagi trek gitar berserta segmen vokal di Studio Greenhouse
bersama Tom. Bagi saya, cabaran terbesar kami sepanjang rakaman live Berdosa adalah menguruskan bleed
levels, disebabkan bunyi distortion
yang begitu banyak terhasil dari amplifier, serta menyusun ketepatan efek
gitar. Apa yang baik sepanjang pengalaman kami merakam lagu adalah bagaimana
kami menangkap esen sesuatu yang tidak dijangka, yang saya rasakan secara
peribadi boleh terlepas sekiranya rakaman dibuat secara track-by-track yang lebih konvensional.
Ceritakan pengalaman berkerjasama dengan
Tom dan juga Greenhouse Studio, adakah anda berpuas hati dengan hasil tersebut?
Jika anda bermain apa jua muzik agresif sekalipun dan ambil serius
kerja anda, saya yakin bahawa anda pasti akan bertemu dengan Tom. Beliau memang
seorang legend. Keupayaan Tom dalam
memahami bunyi dan hala tuju band kami membolehkan kami untuk menyiapkan EP seperti yang kami bayangkan. Muzik stoner rock bukanlah muzik yang paling
popular dalam local scene kami buat
masa ini, dan adanya seseorang yang boleh campur pelbagai jenis fuzz tapi masih mampu menghasilkan muzik
yang koheren memang sesuatu yang magic. Greenhouse Studio ni kami anggap
sebagai "home-away-from-home". Di
sanalah kami rakam ‘Thundergun’, diikuti dengan rakaman vokal dan gitar
tambahan buat ‘Digimon Democracy’. Kami tak ada masalah mencari bunyi
tersendiri dengn adanya pelbagai alatan yang disediakan.
Apa yang kalian hendak pendengar tahu
selepas mendengar EP ini?
Berat tak semestinya Metalcore.
Ada pelbagai cara lagi kita boleh mengiterpretasikan definasi berat. Tone dan penulisan juga memainkan
peranan dalam menghasilkan lagu-lagu berat.
Dengarkan klip video rasmi berjudul "Philosophers" di ambil dari EP mereka.
Masa Depan BERDOSA
Apa yang anda tetapkan buat BERDOSA,
impian kalian di scene tanah air dan
juga luar negara?
Kami berharap satu hari kami diberi peluang untuk bermain
festival-festival besar di tanah air dan juga luar negara. Membawa muzik BERDOSA
iaitu nusantara stoner doom ke Festival
seperti Rock the World, Download Fest dan banyak lagi.
Apa pendapat kalian tentang genre yang
kalian perjuangkan, bagi saya peminat “stoner rock” di negara kita amatlah
sedikit berbanding Metalcore, Death Metal, Hardcore dan lain-lain. Kita dapat
lihat sendiri gig dan kugiran bergenrekan stoner/instrumental tidak banyak.
Kami rasa tidak ramai atau “niche” tu satu kelebihan
sebenarnya. Kalau satu benda tu premium,sebab dia tak banyak lah kan? Sama
macam peminat kami. Bagi saya, secara peribadi,saya pernah berada di band yang banyak pendengar dan peminat
dan juga sekarang saya dalam band
yang tak banyak peminat dalam scene
tapi saya rasa kualiti tu lebih rasa dengan audience
yang lebih “niche”. Saya ingat lagi masa saya merokok dengan geng gig lepas
persembahan dan saya terkejut sebab rata-rata yang datang bagi komen tentang
persembahan Berdosa semua sangat “Musik”. Soalan pasal penulisan, lirik, band referens. Saya ingat masa tu saya
rasa macam “i’m home”.
Dengan rasa hormat Eze anda pernah bermain
muzik di Australia jika tidak silap, Amber mempunyai pengalaman ‘mainstream’ meluas
dan tidak lupa juga Ravi, apakah permasalahan/kekurangan scene muzik (underground
& mainstream) di negara kita?
Kami harap semua orang yang sokong band-band tempatan untuk datang show,
support dan beli merchandise band so band-band
ini boleh teruskan usaha mencipta dan bermain muzik. Selain itu, Organizer
festival besar patut lebih aktif mencari dan memberi peluang pada band-band underground untuk bermain jika mereka ada potensi dan bekerja
keras. Kalau setiap tahun hanya band
yang sama bermain festival-festival ini, itu menunjukan tiada progress dalam scene kita jadi setiap
orang ada peranan untuk main untuk membangunkan scene tanah air.
Saya selalu dianggap poyo dari segi bab gear dalam band ini, dan oleh sebab itu, saya akan mulakan kritikan saya di situ. Saya percaya sebagai seorang pemuzik, anda patut bersedia dalam semua hal. Maksudnya, anda perlu kenal gitar, kabel, head dan cab. Ini yang saya belajar ketika bermain muzik di Emiriah dan Australia. Memiliki gear sendiri itu amat penting, kerana tak ada sesiapa pun yang akan meminjamkan anda head ataupun cab. Saya pernah bermain di tempat yang tiada channel untuk DI bass head ke PA dan orang yang menjaga sound tidak faham cara nak gunakan fader. Saya faham bahawa di Malaysia, etos DIY itu memang menjadi kebiasaan ramai, tapi kalau penganjur sendiri tak mahu mengambil serius tempat gig mahupun sound system, maka saya memang tak salahkan crowd-lah, jika jumlah mereka makin kecil selepas 2-3 band naik pentas.
Apakah yang dapat
kita harapkan dari Berdosa buat masa akan datang?
Kita sedang dalam proses membuat EP seterusnya & video
muzik juga, plan untuk release pertengahan tahun depan. Selain itu, kita akan
sambung main, cari dan organize gig
–gig underground sebab ada banyak
band-band best. Juga, kami hendak meluaskan lagi muzik berdosa ke luar negara
dengan menganjurkan jelajah bersama band-band
tempatan dan luar negara. Pada masa ini, sedang berbincang dengan satu band di China untuk membuat jelajah
disana untuk tahun depan jadi harap menjadi.