SEKUMPULAN ORANG GILA: JELAJAH DERMAGA

Dari Kiri ke Kanan: Nazrin, Adek, Riko, Amsyar dan Qayyum.

Sekumpulan Orang Gila (SOG), kugiran Post-Hardcore yang berasal dari Batu Caves telah mengumumkan mereka akan kembali menjelajah di sekitar tanah air kita bersempena dengan rilisan album terbaru selepas 3 tahun iaitu bertajuk DERMAGA. Kita akan ulas tentang album itu pada masa akan datang. Nantikan!


JELAJAH DERMAGA


Dermaga bermaksud satu binaan tempat untuk kapal berlabuh dan ditambat untuk proses pemuatan dan pemunggahan kargo. 


Jadi apakah yang tersirat album dan jelajah buat kuartet ini. Inginkan jawapan? Marilah kita turun menyaksikan SOG di Dermaga yang berhampiran kawasan anda nanti. Ini adalah risalah tarikh dan tempat untuk jelajah supaya anda semua boleh mengunci tarikh.


Kami sempat bertanyakan beberapa soalan kepada SOG untuk mngatakan sesuatu tentang jelajah mereka ini.

Apa makna buat SOG dapat melakukan Jelajah di serata Malaysia?

- Sangat bermakna buat kami kerana dalam scene underground tempatan, ia adalah perbuatan yang berani untuk kugiran membuat kelajah di Malaysia apatah lagi muzik yang seperti SOG ini. Jadi kami harus lebih ekstra dalam persediaan dari semua aspek sebab kami buat jelajah ini 100% “DIY” dengan bantuan beberapa teman-teman baik kami di negeri-negeri yang akan kami singgah waktu jelajah nanti.


     Siapakah barisan SOG untuk jelajah ini?

Oleh kerana Amsyar masih study di New Zealand, kami akan menggunakan seorang sessionist untuk ganti posisi Amsyar. Zainuri Sahahrin atau dikenali sebagai Rain dari kugiran Cycryptic akan menggalas tugas itu.

Gambar oleh @andy_cascarino 

  Berapa harga CD dan juga "merch" lain yang bakal dijual nanti?

Macam biasa, RM25 sekeping. Tapi kalau beli pakej dengan “merch” kami yang lain, akan ada diskaun :)

Pesanan kepada yang bakal hadir untuk Jelajah Dermaga?

Kalian harus datang dari mula acara sebab kugiran pembukaan semua padu belaka! Dan kami akan mempersembahkan lebih 10 buah lagu di setiap tempat jadi mohon hafalkan semua lirik lagu dalam album Dermaga dan juga Bahtera. Boleh “sing along” nanti! Oh ya, jangan lupa bawa duit ekstra sebab kami akan jual pelabagai jenis “merch” baru. Kalau nak tahu, datang! Hahaha :p

Sedikit petunjuk kelainan yang SOG akan persembahkan di jelajah.

Kalau nak tahu, kena datang :p

Apa perkara yang anda rindu tentang Borneo?

“Vibe live shows” dekat sana lain. Makanan, suasana dan masyarakat di sana.

Kenapa anda semua harus datang ke Jelajah Dermaga?

Kepada kalian yang rindukan "hype scene" muzik keras, inilah peluang yang terbaik buat korang hadir. Kami SOG akan sentiasa memastikan ‘api’ muzik post-hardcore dan metalcore di Malaysia tidak padam, malah bias tembus ke telinga pendengar antarabangsa. Dengan berbekalkan segala pengalaman 10 tahun kecil kami ini, kami akan pastikan kalian tidak akan kecewa dengan siri Jelajah Dermaga kami ini. WE ARE STRONGER THAN BEFORE!

   Mereka juga telah muat naik beberapa lagu mereka dari album DERMAGA di YouTube.

Sedutan lagu-lagu di dalam DERMAGA:




Ikuti perkembangan mereka ini:






Oleh Hilmi H


Hantar bahan kugiran anda pada kami. Terima kasih kerana menyokong usaha kami demi mengembangkan lagi "scene" tanah air kita.

KOMENTAR