STEEL , Kumpulan Heavy Metal terbaru bakal mengegarkan industri muzik rock tanah air.





Steel , kumpulan muzik rock Heavy Metal gabungan pemuzik dari kajang dan sungai buloh Selangor ini, memang sangat berpontensi , baru-baru ini, mereka telah mengeluarkan sebuah klip video rakaman muzik, memainkan lagu terbaru mereka " Fear is a Liar" yang bakal diterbitkan pada 17/12/2016, dalam video itu cara permainan muzik mereka sungguh , berlainan , berpontensi, mampu bersaing dengan nama-nama besar dalam industri muzik rock tempatan, dikalangan generasi pemuzik rock baru. Ini pendapat editor, apabila setelah melihat rakaman video tersebut. 

Seperti sedia maklum ahli kumpulan ini terdiri dari 4 orang , Muzam - vokal, Rexx Strike- gitar, Fit otak panas - bass  dan Aian Pees - drum. Mereka ini antara pemuzik yang cukup berpengalaman dalam mewarnai music rock tempatan, dan di antara mereka telah pun mencipta nama sebelum bersama STEEL, seperti muzam pernah bersama band lagenda Bloodshed , memikul tanggung jawab sabagai penyanyi utama selama 7 tahun, dari 2008-2014, kini telah pun mempunyai rakaman album single sendiri. "Rahsia Hakikat" diterbitkan pada tahun lepas, oleh syarikat rakaman tempatan Madratts Entertainment, pemain gitar Steel ini tidak perlu diperkenalkan lagi, Rexx Strike, iaitu pemain gitar utama band Heavy Metal tempatan yang menempah nama di luar negara bersama kumpulannya , Nuclear Strikes
Rexx juga seorang penerbit album untuk lagu-lagu berunsurkan meaintreem, dan juga komposer muda berbakat.pernah mencipta lagu tema dan iklan untuk konsert festival metal bertaraf dunia di Jerman .  Pemain gitar bass Steel Fit, bersama band Hotbrains iaitu band yang popular di sekitar era 80an konsert Battle of the band, seangkatan band M.A.Y, Search,Bloodshed dan leftheaded, Fit juga pernah menganggotai kumpulan Lipan Bara dalam beberapa acara show, dan permain drum Aian pees pula angota Hotbrains era baru, pernah bersama kumpulan Samudera untuk beberapa persembahan pentas..




Flyers showcase rentap 3
Seperti sedia maklum di laman facebook Steel, mereka akan melancarkan album single perdana mereka di konsert rentap 3 , bersama band dari Malaysia dan Singapura, yang turut memeriahkan suasana seperti Bloodbrother band, Melon King. Sakura dan Steel, band dari Singapura pula seperti, Overload,Life Petal,Heavy dan U'rs , showcase ini akan berlangsung pada 17/12/2016 di Insider Space , di Ipoh, Perak, tiket berharga rm20. 

Apa yang menarik tentang STEEL ,mereka akan mengeluarkan komik mereka sendiri pada tarikh tersebut selain melancarkan CD Album, mereka juga akan melancarkan buku komik , t-shirt , sticker , botton barge , woven bag semua di atas product jenama STEEL sendiri. yang berharga mesra peminat ini antara info yang Editor baca di laman facebook Steel

Buku Komik Steel
Steel yang bakal menanda tangani di syarikat rakaman luar negara Defox Record italy pada feb 2017,seperti sedia maklum mereka juga akan menanda tangani dengan beberapa produk jenama pakaian barangan kulit ,tempatan dan menjadi duta secara tidak langsung untuk jenama tersebut selepas era Search dan Wings.

Untuk melihat video atau mahu mengikuti perkembangan kumpulan steel , boleh layari laman facebook mereka.. 



KOMENTAR