EKSKLUSIF : KL POST HARDCORE, SEKUMPULAN ORANG GILA (SOG) DENGAN SINGLE BULANKU.

Dari Kiri : Qayyum, Amsyar, Riko, Nazrin dan Adek.



Dengarkan rilisan terbaru kumpulan berpangkalan di Batu Caves yang akan menyentuh emosi dan jiwa anda. Berbeza dengan majoriti lagu mereka yang lebih keras tetapi ia seperti biasa diisi kata-kata penuh bermakna lebih lagi Bulanku ini sebuah rilisan agak peribadi buat adik beradik kembar Raja Nazrin dan Raja Nazmin. Single ini bakal dimuatkan dalam album terbaru mereka dijangka terbit November tahun ini.

Ikuti temubual bersama Raja Nazmin (Adek):

Ceritakan kisah disebalik lagu Bulanku.

Lagu ni tercipta ketika kami (bersama Nazrin) di rumah bermain gitar sama-sama, sambil didengari ibu kami. Lagu ini mempunyai nilai sentimental yang agak tinggi bersama ibu kami kerana ada beberapa melodi dalam lagu ini dicipta olehnya.

Basically, lagu 'Bulanku' adalah sebuah lagu yang kuat melodi 'Melayu Asli'-nya. Kami banyak mendengar dan menonton karya Allahyarham P.Ramlee, dimana beliau sendiri banyak menyelit unsur 'kemelayuan' dalam karyanya.

Dari segi pembuatan Lirik, Melodi dan Susunan siapa yang buat?

Mostly lagu dan lirik Nazrin yang buat. Saya cuma tambahkan sedikit idea untuk melengkapkan kekosongan ataupun menambah baik struktur lagu ini.

Ucapan kepada penyokong SOG dan buat pendengar Bulanku.

Kepada yang masih mempunyai ibubapa, sayangilah mereka. Kita tak akan tahu bila masanya mereka akan pergi buat selamanya. Selalukanlah ambil berat tentang mereka sebagaimana mereka mengambil berat tentang kehidupan kalian. Jangan sesekali tinggalkan mereka bersendirian. Bawalah mereka hidup bersama kalian walau apa cara sekalipun, kerana tanpa mereka tidak akan kalian hidup nikmat di muka bumi ini. Berkorbanlah selagi mampu jika ianya semua tentang ibubapa anda. Sentiasa tanya khabar mereka, tak kisahlah 1 minit sehari pun sudah mencukupi daripada tidak bertanya langsung. Jangan bila mereka sudah tiada, baru nak tengadah raung tangis tak henti. Sesungguhnya barang yang pergi tidak akan kembali lagi. Sayangilah mereka.


Bulanku






Merujuk kepada gambar mereka di atas itu, Ya! Anda bukan melihat gambar yang telah disunting oleh kumpulan quintet berada diatas pentas utama karnival Jom Heboh. Mereka telah berjaya menjejak kaki ke salah satu pentas besar di negara Malaysia. Masih tidak terlewat untuk kami mengucapkan Tahniah! Harap ini bukan buat kali terakhir. Secara tidak langsung, mereka telah menjadi pencetus buat kumpulan 'underground' yang lain untuk muncul di khalayak umum.


Flyers rasmi artis-artis pada malam tersebut.

Ketahui perbualan saya dan Raja Nazrin (Abang) berkongsi tentang kejayaan mereka pada malam itu:

Apa kalian sifatkan kejayaan bermain di karnival Jom Heboh? 

Kami tak pernah terfikir untuk membuat persembahan ala 'Rock The World' di pentas arus perdana, apatah lagi Konsert Jom Heboh. Semua ini tak akan terjadi tanpa produser dan pasukannya (kebanyakan orang muda yang layan muzik band indie tempatan) mencuba nasib untuk mengubah persepsi masyarakat dan beri pendedahan kepada mereka bagaimana suasana sebenar sebuah konsert/festival muzik. Mereka mempertaruhkan kerjaya mereka dengan memanggil kami untuk membuat persembahan pada malam itu. 

Untuk menjawab soalan ini, kami berjaya membuat persembahan di pentas tersebut. Tetapi kejayaan untuk memberi impak kepada masyarakat, itu kami tidak berapa pasti.

Dengar khabar set anda dipendekkan dari 5 lagu ke 3. Ulaskan sedikit perkara tersebut?

Setelah kami perform 2 buah lagu, crowd yang datang nak enjoy performance kami makin menggila sehingga wujud 2 moshpit yang berbeza. Mungkin dengan cara persembahan kami dan aksi crowd kami yang menggila waktu itu buat para penonton yang pertama kali melihat keadaan sedemikian mula merasa tidak selamat dan ralat lalu membuat aduan kepada pihak produksi. Setelah pihak produksi dimaklumkan dengan khabar itu, mereka dengan berat hati membritahu kami bahawa kami hanya dibenarkan untuk perform lagu terakhir dan lagu itu mestilah yang 'lembut'. Jadi kami tutrutkan permintaan mereka kerana walau apa cara sekalipun, prinsip SOG haru  hormat pada pihak tuan rumah (penganjur), hormat kepada keputusan mereka. Tidak membuka aib mereka jika mereka berbuat perkara yang tidak enak di mata kami. 

Pandangan tentang kumpulan anda dapat bermain di karnival Jom Heboh.


Alhamdulillah, sebenarnya kami terima banyak maklum balas yang positif dan kami juga mula menerima banyak followers baru. Yang jadi kurang enak, ada segelintir penonton yang duduk berkelah since jam 6 petang tu cuba mencederakan crowd yang sedang menikmati persembahan muzik. Ada yang membaling botol terhadap mereka. Ada yang membentes kaki mereka dengan payung. Ada juga yang memaki-hamun mereka.

Saya berharap SOG tidak patah semangat dengan respon negatif yang diterima. Sudah tentu ia menjadi sebuah pengalaman berguna buat menepuh cabaran pada masa hadapan.

Saksikan SOG di pentas Jom Heboh!




Facebook
Sekumpulan Orang Gila

Instagram
https://www.instagram.com/wearesog

Oleh Hilmi H
Metal Blaster Webzine
MBW Blogspot
I. Rock Magazine
2H Space

KOMENTAR