Cycryptic & Zygomorphic.

Dari Kiri ke Kanan: Azzim, Khairy,  Rain, Basir dan Hanif.


Kugiran 5 orang yang bertempat di Batu Gajah, Perak ini sebelumnya dikenali sebagai Crackbang Cabbage. Pada tahun 2015, mereka telah meriliskan single Amygdala berkonsepkan Metalcore dan pada tahun 2018 mereka telah mengalami kebangkitan semula yang lebih meyakinkan dengan menukar nama kepada Cycryptic. Mereka menyatakan bahawa mereka tidak meletak sebarang genre spesifik yang melambangkan musik mereka kerana ingin memberi satu persoalan buat para pendengar single terbaru mereka Zygomorphic untuk menggambarkan apa pembawakan mereka ini. Ayuh! Mari kita mengenali kugiran ini dengan lebih mendalam lagi.


Logo Cycryptic.

Klip video rasmi mereka sempena penukaran arah ke Cycryptic.



Perbezaan yang ketara dari segi permainan musik Amygdala ke Zygomorphic dapat anda rasakan. Mereka tampil lebih padu dari rilisan sebelum ini. Adakah ini disebabkan pengalaman diperoleh dari individu kugiran ini yang banyak menimba ilmu dari kugiran yang lebih senior?

Azzim pernah bermain untuk kugiran Crimsonxdawn bergenrekan "Crossover Hardcore Punk".







Basir bermain bersama kugiran Crimsonxdawn dan Warhead.







Khairy atau dikenali sebagai Koey pernah mengisi posisi vokalis buat Sekumpulan Orang Gila (SOG).












Zainuri dikenali sebagai Rain telah banyak mencuri perhatian terutamanya setelah mengisi kekosongan Hero Gitar Metalcore iaitu Godoy dari Massacre Conspiracy sejak 2016 sehingga kini. Selain itu, perjalanan Rain bermula sebagai "sessionist" terhangat di scene bawah tanah kita dengan kugiran Carthreena kepada MC16, SOG dan Project Umbra.



Kami juga berkesempatan melakukan temubual bersama CC. 



Apa yang menarik di Batu Gajah dan di Perak?

Nasi Vanggey, Kellie's Castle & Kapal Korek.

Band yang bagus di Perak?

Most of the bands in Perak bagus-bagus belaka baik band baru atau yang lama.

Korang merupakan kugiran baru, tidak lama kemudian korang telah ubah nama dan juga genre kugiran korang. Mengapa?

Kami merasa bahawa arah tuju kami sudah tidak berapa sesuai dengan nama dan branding terdahulu. Oleh itu, Crackbang Cabbage dilahirkan semula sebagai Cycryptic.

Apakah maksud disebalik Cycryptic dan nama tersebut melambangkan apa?

Cycryptic adalah hasil  gabungan dua perkataan iaitu Cryptic (sesuatu yang mempunyai maksud tersirat) dan Cyclic (kitaran). Dua elemen ini memang diterapkan dalam komposisi dan lirik kami secara keseluruhannya.

Pengaruh genre dan kugiran idola? 

Rain - Muse.

Azzim Mostly 70’s : Rock, Psychedelic and current Rock n Roll bands/Indonesian mostly : Earthless, Mooner, The Sigit, Rachun, Kelompok Penerbang Rocket, The Changcuters & more.

Khairy - Influence more to Metalcore and Deathcore. Band idola BMTH, Oceans Ate Alaska, Make Them Suffer, Suicide Silence, Asking Alexandria & MCR.

ZYGOMORPHIC

Apa maksud tersirat Zygomorphic? Berapa lama masa yang diambil untuk menyiapkan ia dari lirik ke melodi?

Having floral parts unequal in size or form so that the flower is capable of division into essentially symmetrical halves by only one longitudinal plane passing through the axis. Kami lebih suka pendengar menilai maksud tersirat muzik kami berasaskan definisi individu. Hal ini kerana lirik kami secara amnya boleh dikaitkan dengan pelbagai konteks kehidupan. Rain berkata mereka hanya memerlukan 2 bulan sahaja untuk menyiapkan lagu tersebut.

Gig pertama membawa lagu ini, apakah reaksi dorang. Reaksi para pendengar setakat ini. 

Penerimaan crowd agak baik dan mostly respond yang diterima adalah amat positif dan kebanyakan crowd menantikan release kami yang seterusnya.

Berikan sedikit info tentang perancangan pembikinan album atau EP?

In progress. EP release dalam masa terdekat.

Apa para pendengar boleh jangkakan terhadap rilisan dari korang pada masa akan datang?

Sebagai sebuah band experimental, kami akan cuba memuatkan lagu yang mempunyai vibe yang berbeza-beza. Campuran elemen muzik yang berlainan genre, style juga akan menjadi fokus kami dalam setiap track.

SOUNDSTAGE


Apa para penonton boleh jangkakan dari CC?

Most of the band semestinya akan membuat persembahan sebaik mungkin jadi kami juga akan membuat persembahan yang mungkin ada kelainan sedikit dari segi performance di atas stage.

Top 6 band yang  anda rasa bakal menyerlah di Soundstage.


Tiada nama yang spesifik kerana hampir 80% band yang bertanding kami masih belum menonton persembahan mereka. So it's too early to judge dan kami percaya semua band yang menyertai Soundstage mempunyai keunikan dan 'WOW Factor' yang tersendiri.       

HARAPAN CYCRYPTIC


Kenapa CC perlu diberi perhatian dan sokongan dari kalangan penyokong scene tanah air kita?

Hal ini bergantung kepada crowd dan pendengar sendiri. Dari pihak Cycryptic, kami akan cuba mengeluarkan material dan rilisan yang terbaik dan berkualiti dan sama ada ia diterima atau tidak, mendapat 'support' atau tidak, ia bergantung kepada pendengar sendiri.

Pembaharuan yang perlu dilakukan di scene negara kita terutama di tempat korang di Perak?

Tiada jawapan kerana kami juga masih mentah dan baru di dalam scene untuk memberi komen mendalam terhadap scene yang usianya lebih tua dari kami sendiri. Dan kalau ada pun mungkin bands, crowd dan organizer boleh improve dari segi pengurusan masa dalam konteks gig dan show.

Harapan buat kugiran anda Cycryptic? 

Sebuah band pastinya mempunyai impian untuk 'grow big' dan mendapat tempat di hati pendengar dan peminat. Namun begitu, sama ada impian tersebut boleh direalisasikan atau tidak bergantung sepenuhnya kepada kami (rilisan berkualiti, promotion & etc). Kami juga berharap agar band ini dapat kekal lama dan sentiasa konsisten dan memberi yang terbaik dari setiap aspek dalam dunia muzik Malaysia.



Ikuti mereka di:

Facebook
Instagram
Twitter
YouTube

Oleh Hilmi H


Hantar bahan kugiran anda pada kami. Terima kasih kerana menyokong usaha kami demi mengembangkan lagi "scene" tanah air kita.




KOMENTAR