Steve Grimmett buat kali pertama jejakkan kaki selepas dipotong



Vocalist Grim Reaper Steve Grimmett memaksa dirinya untuk berjalan lagi dengan salah satu kaki palsu besi. , kaki palsu Grimmett ini bangganya menulis perkataan "Warrior." Pada awal tahun ini, Steve Grimmett dikejarkan ke hospital selepas persembahan bersama Grim Reaper di Ecuador. Grimmett akhirnya mempunyai jangkitan serius di kaki dan tulang-tulangnya. jangkitan itu begitu agresif bahawa ia sebenarnya tersebar dari jari kakinya sehingga lututnya dalam sekelip mata. Operasi awal tidak berjaya, memaksa profesional perubatan untuk memotong sebahagian besar kaki kanan Grimmett ini.
Grimmett telah dikeluarkan dari hospital Ecuador kira-kira sebulan kemudian, mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menawarkan sokongan kepada pemuzik ini. peminat Grim Reaper juga membantu menderma lebih daripada $ 16,000 untuk bil-bil perubatan Grimmett, dengan halaman YouCaring dan masih dibuka untuk menderma.


STEEL , Kumpulan Heavy Metal terbaru bakal mengegarkan industri muzik rock tanah air.





Steel , kumpulan muzik rock Heavy Metal gabungan pemuzik dari kajang dan sungai buloh Selangor ini, memang sangat berpontensi , baru-baru ini, mereka telah mengeluarkan sebuah klip video rakaman muzik, memainkan lagu terbaru mereka " Fear is a Liar" yang bakal diterbitkan pada 17/12/2016, dalam video itu cara permainan muzik mereka sungguh , berlainan , berpontensi, mampu bersaing dengan nama-nama besar dalam industri muzik rock tempatan, dikalangan generasi pemuzik rock baru. Ini pendapat editor, apabila setelah melihat rakaman video tersebut. 

Seperti sedia maklum ahli kumpulan ini terdiri dari 4 orang , Muzam - vokal, Rexx Strike- gitar, Fit otak panas - bass  dan Aian Pees - drum. Mereka ini antara pemuzik yang cukup berpengalaman dalam mewarnai music rock tempatan, dan di antara mereka telah pun mencipta nama sebelum bersama STEEL, seperti muzam pernah bersama band lagenda Bloodshed , memikul tanggung jawab sabagai penyanyi utama selama 7 tahun, dari 2008-2014, kini telah pun mempunyai rakaman album single sendiri. "Rahsia Hakikat" diterbitkan pada tahun lepas, oleh syarikat rakaman tempatan Madratts Entertainment, pemain gitar Steel ini tidak perlu diperkenalkan lagi, Rexx Strike, iaitu pemain gitar utama band Heavy Metal tempatan yang menempah nama di luar negara bersama kumpulannya , Nuclear Strikes
Rexx juga seorang penerbit album untuk lagu-lagu berunsurkan meaintreem, dan juga komposer muda berbakat.pernah mencipta lagu tema dan iklan untuk konsert festival metal bertaraf dunia di Jerman .  Pemain gitar bass Steel Fit, bersama band Hotbrains iaitu band yang popular di sekitar era 80an konsert Battle of the band, seangkatan band M.A.Y, Search,Bloodshed dan leftheaded, Fit juga pernah menganggotai kumpulan Lipan Bara dalam beberapa acara show, dan permain drum Aian pees pula angota Hotbrains era baru, pernah bersama kumpulan Samudera untuk beberapa persembahan pentas..




Flyers showcase rentap 3
Seperti sedia maklum di laman facebook Steel, mereka akan melancarkan album single perdana mereka di konsert rentap 3 , bersama band dari Malaysia dan Singapura, yang turut memeriahkan suasana seperti Bloodbrother band, Melon King. Sakura dan Steel, band dari Singapura pula seperti, Overload,Life Petal,Heavy dan U'rs , showcase ini akan berlangsung pada 17/12/2016 di Insider Space , di Ipoh, Perak, tiket berharga rm20. 

Apa yang menarik tentang STEEL ,mereka akan mengeluarkan komik mereka sendiri pada tarikh tersebut selain melancarkan CD Album, mereka juga akan melancarkan buku komik , t-shirt , sticker , botton barge , woven bag semua di atas product jenama STEEL sendiri. yang berharga mesra peminat ini antara info yang Editor baca di laman facebook Steel

Buku Komik Steel
Steel yang bakal menanda tangani di syarikat rakaman luar negara Defox Record italy pada feb 2017,seperti sedia maklum mereka juga akan menanda tangani dengan beberapa produk jenama pakaian barangan kulit ,tempatan dan menjadi duta secara tidak langsung untuk jenama tersebut selepas era Search dan Wings.

Untuk melihat video atau mahu mengikuti perkembangan kumpulan steel , boleh layari laman facebook mereka.. 



EKSKLUSIF : KL POST HARDCORE, SEKUMPULAN ORANG GILA (SOG) DENGAN SINGLE BULANKU.

Dari Kiri : Qayyum, Amsyar, Riko, Nazrin dan Adek.



Dengarkan rilisan terbaru kumpulan berpangkalan di Batu Caves yang akan menyentuh emosi dan jiwa anda. Berbeza dengan majoriti lagu mereka yang lebih keras tetapi ia seperti biasa diisi kata-kata penuh bermakna lebih lagi Bulanku ini sebuah rilisan agak peribadi buat adik beradik kembar Raja Nazrin dan Raja Nazmin. Single ini bakal dimuatkan dalam album terbaru mereka dijangka terbit November tahun ini.

Ikuti temubual bersama Raja Nazmin (Adek):

Ceritakan kisah disebalik lagu Bulanku.

Lagu ni tercipta ketika kami (bersama Nazrin) di rumah bermain gitar sama-sama, sambil didengari ibu kami. Lagu ini mempunyai nilai sentimental yang agak tinggi bersama ibu kami kerana ada beberapa melodi dalam lagu ini dicipta olehnya.

Basically, lagu 'Bulanku' adalah sebuah lagu yang kuat melodi 'Melayu Asli'-nya. Kami banyak mendengar dan menonton karya Allahyarham P.Ramlee, dimana beliau sendiri banyak menyelit unsur 'kemelayuan' dalam karyanya.

Dari segi pembuatan Lirik, Melodi dan Susunan siapa yang buat?

Mostly lagu dan lirik Nazrin yang buat. Saya cuma tambahkan sedikit idea untuk melengkapkan kekosongan ataupun menambah baik struktur lagu ini.

Ucapan kepada penyokong SOG dan buat pendengar Bulanku.

Kepada yang masih mempunyai ibubapa, sayangilah mereka. Kita tak akan tahu bila masanya mereka akan pergi buat selamanya. Selalukanlah ambil berat tentang mereka sebagaimana mereka mengambil berat tentang kehidupan kalian. Jangan sesekali tinggalkan mereka bersendirian. Bawalah mereka hidup bersama kalian walau apa cara sekalipun, kerana tanpa mereka tidak akan kalian hidup nikmat di muka bumi ini. Berkorbanlah selagi mampu jika ianya semua tentang ibubapa anda. Sentiasa tanya khabar mereka, tak kisahlah 1 minit sehari pun sudah mencukupi daripada tidak bertanya langsung. Jangan bila mereka sudah tiada, baru nak tengadah raung tangis tak henti. Sesungguhnya barang yang pergi tidak akan kembali lagi. Sayangilah mereka.


Bulanku






Merujuk kepada gambar mereka di atas itu, Ya! Anda bukan melihat gambar yang telah disunting oleh kumpulan quintet berada diatas pentas utama karnival Jom Heboh. Mereka telah berjaya menjejak kaki ke salah satu pentas besar di negara Malaysia. Masih tidak terlewat untuk kami mengucapkan Tahniah! Harap ini bukan buat kali terakhir. Secara tidak langsung, mereka telah menjadi pencetus buat kumpulan 'underground' yang lain untuk muncul di khalayak umum.


Flyers rasmi artis-artis pada malam tersebut.

Ketahui perbualan saya dan Raja Nazrin (Abang) berkongsi tentang kejayaan mereka pada malam itu:

Apa kalian sifatkan kejayaan bermain di karnival Jom Heboh? 

Kami tak pernah terfikir untuk membuat persembahan ala 'Rock The World' di pentas arus perdana, apatah lagi Konsert Jom Heboh. Semua ini tak akan terjadi tanpa produser dan pasukannya (kebanyakan orang muda yang layan muzik band indie tempatan) mencuba nasib untuk mengubah persepsi masyarakat dan beri pendedahan kepada mereka bagaimana suasana sebenar sebuah konsert/festival muzik. Mereka mempertaruhkan kerjaya mereka dengan memanggil kami untuk membuat persembahan pada malam itu. 

Untuk menjawab soalan ini, kami berjaya membuat persembahan di pentas tersebut. Tetapi kejayaan untuk memberi impak kepada masyarakat, itu kami tidak berapa pasti.

Dengar khabar set anda dipendekkan dari 5 lagu ke 3. Ulaskan sedikit perkara tersebut?

Setelah kami perform 2 buah lagu, crowd yang datang nak enjoy performance kami makin menggila sehingga wujud 2 moshpit yang berbeza. Mungkin dengan cara persembahan kami dan aksi crowd kami yang menggila waktu itu buat para penonton yang pertama kali melihat keadaan sedemikian mula merasa tidak selamat dan ralat lalu membuat aduan kepada pihak produksi. Setelah pihak produksi dimaklumkan dengan khabar itu, mereka dengan berat hati membritahu kami bahawa kami hanya dibenarkan untuk perform lagu terakhir dan lagu itu mestilah yang 'lembut'. Jadi kami tutrutkan permintaan mereka kerana walau apa cara sekalipun, prinsip SOG haru  hormat pada pihak tuan rumah (penganjur), hormat kepada keputusan mereka. Tidak membuka aib mereka jika mereka berbuat perkara yang tidak enak di mata kami. 

Pandangan tentang kumpulan anda dapat bermain di karnival Jom Heboh.


Alhamdulillah, sebenarnya kami terima banyak maklum balas yang positif dan kami juga mula menerima banyak followers baru. Yang jadi kurang enak, ada segelintir penonton yang duduk berkelah since jam 6 petang tu cuba mencederakan crowd yang sedang menikmati persembahan muzik. Ada yang membaling botol terhadap mereka. Ada yang membentes kaki mereka dengan payung. Ada juga yang memaki-hamun mereka.

Saya berharap SOG tidak patah semangat dengan respon negatif yang diterima. Sudah tentu ia menjadi sebuah pengalaman berguna buat menepuh cabaran pada masa hadapan.

Saksikan SOG di pentas Jom Heboh!




Facebook
Sekumpulan Orang Gila

Instagram
https://www.instagram.com/wearesog

Oleh Hilmi H
Metal Blaster Webzine
MBW Blogspot
I. Rock Magazine
2H Space

UFO GUITARIST VINNIE MOORE MELANCARKAN ALBUM 'AERIAL VISIONS'



Album baru yang ditunggu-tunggu dari Guitarist lama UFO, Vinnie Moore akan dikeluarkan pada 23 Oktober 2015 melalui Mind's Eye Music. Bertajuk "Aerial Visions", album solo kelapan Vinnie menampilkan pemain drum Richie Monica (TANTRIC, POPPA CHUBBY), dan bassists Dave LaRue (STEVE MORSE, FLYING COLORS, THE DREGS), Rob DeLuca (UFO, SEBASTIAN BACH), Dorian Heartsong (JASON BONHAM'S LED ZEPPELIN EXPERIENCE) dan Elliott Dean Rubinson (ULI JON ROTH, MSG).



SAXON: 'Battering Ram' album ke-21 dilancarkan secara Electronic Press Kit,



An Press Kit Elektronik (EPK) untuk "Battering Ram", album studio ke-21 dari British legenda heavy metal SAXON, boleh didapati di bawah. CD akan dikeluarkan pada 30 Oktober di Amerika Utara melalui Muzik UDR.


01. Battering Ram
02. The Devil's Footprint
03. Queen Of Hearts
04. Destroyer
05. Hard And Fast
06. Eye Of The Storm
07. Stand Your Ground
08. Top Of The World
09. To The End
10. Kingdom Of The Cross



MUZAM MERAKAMKAN ALBUM SOLO 'RAHSIA HAKIKAT'.




Peminat muzik Rock tempatan digemparkan berita penarikan diri Anggota penyanyi dari kumpulan 80an Bloodshed iaitu MUZAM, kata-kata dari muzam selaku bekas anggota kumpulan rock 80an itu "saya ingin berkarya untuk album saya sendiri, dan anggota Bloodshed sentiasa menyokong hasil karya saya "  selepas tidak bersama kumpulan lagi, muzam kini bergerak secara solo, MUZAM merakamkan satu lagu untuk pengenalan dirinya bertajuk Rahsia Hakikat, single album dari MUZAM ini diterbitkan pada 10/Ogos/2015, lagu ini telah pun berkumandang di corong-corong radio , muzik berkonsepkan slow rock ini, seakan muzik di sekitar di era tahun 90an. 

Album single Rahsia Hakikat ini telah dipasarkan secara digital melalui saluran ITunes,Spotify dan Deezer. Juga secara fizikal cakera padat. lagu ciptaan Mizoyake bersama composer muda Rexx Nuclear Strikes, telah mendapat tempat di hati peminat muzik rock dengan larisnya penjualan cd secara on line,  lirik lagu rahsia hakikat ditulis oleh Mizoyake dan muzam sendiri. Album ini di terbitkan oleh Rexx Nuclear Strikes dan dikeluarkan oleh MR Madratts Entertainment Malaysia.  kepada peminat muzik rock tempatan ,album ini amat bagus untuk anda miliki, dan anda boleh dapatkan CD fizikal secara On-Line di Madratts Entertaiment . 

Rating 5/5 Bintang

Muat Turun di ITunes - https://itun.es/my/gMvg9
MUZAM Facebook - https://www.facebcock.com/muzam2015
pembelian CD email  - madrattslangkawi@yahoo.com

Midnight Rain Electrical dari Serbia album terbaru "Truth Is In The Light"




Midnight Rain  Kumpulan Pemuzik bergenrekan Elektrikal Hard Rock dari Serbia akan melancarkan album terbaru mereka bertajuk  "Truth Is in the Light"! pada 1 February  2015 di dalam format digital, beberapa minggu yang lalu Midnight Rain melancarkan Official Video "Never Make a Promise" 

  
Hubungi Midnight Rain : http://www.midnight-rain.com/ 
Facebook - https://www.facebook.com/midnightrainproject 

 MIDNIGHT RAIN : Never Make a Promise [Official Video]
 

KOMENTAR