DEATH RETURNS 2019 "Seven Serpent Tour" : Chapter 6 (The Great Serpent War)

Death Returns tahun 2019 kali ini sudah hampir tiba ke penghujungnya. Usaha yang harus dipuji kepada Xonorous Entertainment dan rakan seperjuangan kerana dapat meneruskan DR sejak bermulanya 3 tahun lepas dengan skala kecil. Satu usaha yang besar maknanya untuk merancakkan lagi "scene" bawah tanah terutama sekali pada muzik berat di negara kita.
Antara perkara menarik pada acara kemuncak di Kuala Lumpur tahun ini adalah: Kemunculan bakat baru berusia 7 Tahun dan juga seorang Metalhead. Kedua, ada beberapa kugiran akan mempersembahkan bahan baharu mereka. Ketiga, barisan kugiran yang bagus-bagus seperti lagenda hardcore Malaysia, Retsraint dan juga Ballad For Layla dengan usaha mereka kembali aktif. Dan terakhir adalah tentulah anda semua harus rasai kehangatan DR! #katasapot?
Jadi teruskan membaca untuk mengetahui maklumat lanjut. 




Presented by Xonorous Entertainment & Desdemona Apparel



Supported by:


GLord Records

Dreamseller Brand

Blvck Sheep Crvft

Sinscircle

Faith The Fate

Diocese Button



Special Opening act

Riffsbyalman 
 


DEATH HEROES:


Ballad For Layla (Kuala Lumpur Melodic Metalcore)

Alyss A Maniac (Batu Pahat Progressive Metal)

Patriots (Shah Alam Pop Mosh)

Nimang Ensera (Sarawak Tribe Metal)

Mothflesh (Kuala Lumpur Groove Metal)

Thy Fall Ov Baghdad (Kuala Lumpur Melodic Metalcore)

Murder (Shah Alam Melodic Death Metal)

Rise Against War (Gombak Melodic-Metalcore)

Cycryptic (Perak Experimental Metal)

May Of Scarlet (Kuala Lumpur Energetic Post Hadcore)

SUBJECTS (Alternative Metal)

Upon Arrival (Kuala Lumpur Death Metal)

Restraint (Kuala Lumpur Hardcore)

Purbawara (Johor Bahru Metal)

Berdosa (Selangor Stoner Rock)

FROST REVENGE (Kuala Lumpur Metal)


Official venue:

Panggung Asia Official, Setor Gombak

Time: 11.00 am till end

Admission Fee -

Presale tickets are
now open! Limited to 200 tickets only!

Presale RM40 (1 pax)
Presale pair RM70 (2 pax)
Presale squad RM130 (5 pax)

Door RM50 (1 pax)
Door pair RM80 (2 pax)
Door squad RM150 (5 pax)

Contact to purchase;

Whatsapp only:
+60173223829 (Zid)


Follow our social medias:

FB : Death Returns






#Greatserpentwar

oleh Hilmi H.


BERDOSA : Muzik berat untuk membersihkan diri?



BERDOSA adalah kumpulan trio rock, heavy-laden, psychedelic dari Kuala Lumpur, Malaysia. Band ini terdiri daripada Ravi Shankar (Dram), Ezekiel Mavani (Bass), dan Afiq Iskandar (Vokal).

Bunyian mereka terbaik digambarkan sebagai dysfunctional, perkahwinan antara metal alternatif awal 90 an dan kugiran "contemporary fuzzed-out stoner rock". Dengan pengaruh dari kugiran Deftones, Windhand, Chevelle, Weedeater, Mastodon, Black Sabbath, Tool dan Meshuggah.


Dari Kiri Ke Kanan: Eze, Ravi dan Amber.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang BERDOSA dan juga ahlinya, silakan ikuti temubual dibawah.


Ceritakan bagaimana Berdosa telah ditubuhkan?

Band ini tertubuh apabila kami sedar kami bertiga suka akan lagu-lagu yang berat dan berdentum. Sekaligus kami terjumpa band-band yang bermain musik yang kami cuba sampaikan. Kami semua berkenalan melalui rakan-rakan satu bulatan. Saya (Amber) kenal Eze dari seorang rakan dan Saya dan Eze bertemu Ravi di sebuah event.

Soalan buat Amber, adakah ini diri anda yang sebenar untuk bermain muzik yang lebih berat berbanding OCK dan Red Ruby Avengers?

Saya rasa tiada istilah diri sebenar sebenarnya.kita semua mempunyai aspek-aspek berbeza dalam personaliti kita jadi saya gunakan muzik sebagai satu tool atau alat untuk meneroka aspek-aspek tersebut.

Ceritakan latar belakang anda Eze dan Ravi?

Ravi

Saya bermula main muzik sejak zaman sekolah dan bermain professional sudah 12 tahun. Selain Berdosa, saya telah bermain dalam Instrumental Progressive Rock band bernama Sedsuna. Saya juga bermain dalam World Music Fusion band, Diplomats of Drum yang dulu pergi tour di U.S selama 2 bulan dan bermain festival muzik seperti Rainforest World Music Festival dan banyak lagi festival dalam dan luar negara. Selain itu, sekarang saya bermain dalam Psychedelic Rock band, Skits dan juga menjadi sessionist untuk artis tempatan seperti Brendan De Cruz, Kien Lim, Sarah Daniella dan banyak lagi.


Eze

Perjalanan saya dalam dunia muzik bermula semenjak saya bermain biola sekitar umur 10 tahun di Dubai dan pada masa itu saya bermain untuk sebuah kumpulan orkestra. Sebanyak mana saya menghayati muzik "chamber" dan klasikal, saya merasakan muzik rock dan heavy metal jauh lebih bergema dalam jiwa saya. Dulu saya pernah bermain dalam sebuah kuartet hard-rock dari Australia bernama Tragic Earth, dan kami telahpun membuat tour secara meluas di Australia dan Malaysia, sebelum kumpulan
Berdosa ditubuhkan (bersama Afiq). Buat masa ini, di samping BERDOSA, saya turut bermain dalam sebuah kumpulan death metal bernama Mothflesh.

Berikan 3 Kugiran yang kalian minati?

Eze: Iron Monkey, Maddame, Deafheaven

Ravi: Deja Voodoo Spells, Mastodon, Sevendust

Amber: Silvrechair, My Vitriol, Butterfingers



SMELLS LIKE TREE SPIRIT EP



Kalian menyatakan tentang isi kandungan EP tersebut berkaitan dengan “Malaysian society; paradoxical occultism, social conformity and fellatio”, apa yang dimaksudkan sebenarnya?

Sudut pandangan falsafah Berdosa terhadap masyarakat, ataupun secara spesifiknya masyarakat Malaysia hanyalah sebuah pandangan semata-mata. Sebagai kugiran rock, kami tidak berniat untuk mempromosikan mahupun menyebarkan mesej tertentu kepada orang ramai tapi kami bertujuan untuk menyatakan secara tersirat apa yang bercanggah, lucu dan kadangkala sorotan skandal masyarakat Malaysia harian. Alam ghaib (occultism), fellatio, dan si buta yang memimpin para buta bukanlah sesuatu yang baharu buat masyarakat Malaysia. Memang tidak ramai yang membincangkan tentang hal tersebut, tapi ianya memang wujud. Kami tidak mempromosikan atau menghalang sesiapa dari melakukan apapun. Berdosa hanyalah sebuah cermin kecil yang dilihat sekali-sekala oleh semua orang untuk diperingatkan bahawa kita semua ini adalah Pendosa.

Dari segi pembikinan lagu, bagaimana cara ia berlaku?

Kebanyakan riff asal bermula dari saya dan kemudian di perkembangkan dengan band. Ada juga lagu yang bermula dengan Eze. Kami akan kumpulkan riff-riff dan kemudian keluarkan satu persatu mengikut kesesuaian lagu.


Adakah para pendengar dapat mendengar lagu berbahasa melayu pada masa akan datang?

In sya Allah, kami memang ada plan untuk satu lagu Melayu.
Mungkin dalam next EP.




Berapa lama masa diambil untuk menyiapkan EP tersebut?

Kami mengambil masa sekitar 3 bulan untuk menyiapkan EP tersebut. Sebelum ini, kami telahpun merakam single pertama berjudul ‘Thundergun’ bersama bekas pemain dram, dan apa yang tinggal selepas itu hanyalah ‘Digimon Democracy’ dan ‘Philosophers’, yang telah siap dirakam bersama ahli (Berdosa) sekarang. Kami telah membuat rakaman secara langsung di Village Roof sebagai percubaan untuk memanfaatkan aksiom live sound yang sukar dicapai. Namun, sebagai sebuah band, tiada sesiapa di antara kami yang pernah merakam muzik sebegini rupa. Hasilnya memang lebih dari memuaskan, tapi kami rasakan bahawa rakaman tersebut boleh dibawa dengan lebih jauh lagi dari segi soniknya dengan menambah beberapa lagi trek gitar berserta segmen vokal di Studio Greenhouse bersama Tom. Bagi saya, cabaran terbesar kami sepanjang rakaman live Berdosa adalah menguruskan bleed levels, disebabkan bunyi distortion yang begitu banyak terhasil dari amplifier, serta menyusun ketepatan efek gitar. Apa yang baik sepanjang pengalaman kami merakam lagu adalah bagaimana kami menangkap esen sesuatu yang tidak dijangka, yang saya rasakan secara peribadi boleh terlepas sekiranya rakaman dibuat secara track-by-track yang lebih konvensional.

Ceritakan pengalaman berkerjasama dengan Tom dan juga Greenhouse Studio, adakah anda berpuas hati dengan hasil tersebut?

Jika anda bermain apa jua muzik agresif sekalipun dan ambil serius kerja anda, saya yakin bahawa anda pasti akan bertemu dengan Tom. Beliau memang seorang legend. Keupayaan Tom dalam memahami bunyi dan hala tuju band kami membolehkan kami untuk menyiapkan EP seperti yang kami bayangkan. Muzik stoner rock bukanlah muzik yang paling popular dalam local scene kami buat masa ini, dan adanya seseorang yang boleh campur pelbagai jenis fuzz tapi masih mampu menghasilkan muzik yang koheren memang sesuatu yang magic. Greenhouse Studio ni kami anggap sebagai "home-away-from-home". Di sanalah kami rakam ‘Thundergun’, diikuti dengan rakaman vokal dan gitar tambahan buat ‘Digimon Democracy’. Kami tak ada masalah mencari bunyi tersendiri dengn adanya pelbagai alatan yang disediakan.

Apa yang kalian hendak pendengar tahu selepas mendengar EP ini?

Berat tak semestinya Metalcore. Ada pelbagai cara lagi kita boleh mengiterpretasikan definasi berat. Tone dan penulisan juga memainkan peranan dalam menghasilkan lagu-lagu berat.

Dengarkan klip video rasmi berjudul "Philosophers" di ambil dari EP mereka.




Masa Depan BERDOSA


Apa yang anda tetapkan buat BERDOSA, impian kalian di scene tanah air dan juga luar negara?

Kami berharap satu hari kami diberi peluang untuk bermain festival-festival besar di tanah air dan juga luar negara. Membawa muzik BERDOSA iaitu nusantara stoner doom ke Festival seperti Rock the World, Download Fest dan banyak lagi.

Apa pendapat kalian tentang genre yang kalian perjuangkan, bagi saya peminat “stoner rock” di negara kita amatlah sedikit berbanding Metalcore, Death Metal, Hardcore dan lain-lain. Kita dapat lihat sendiri gig dan kugiran bergenrekan stoner/instrumental tidak banyak.

Kami rasa tidak ramai atau “niche” tu satu kelebihan sebenarnya. Kalau satu benda tu premium,sebab dia tak banyak lah kan? Sama macam peminat kami. Bagi saya, secara peribadi,saya pernah berada di band yang banyak pendengar dan peminat dan juga sekarang saya dalam band yang tak banyak peminat dalam scene tapi saya rasa kualiti tu lebih rasa dengan audience yang lebih “niche”. Saya ingat lagi masa saya merokok dengan geng gig lepas persembahan dan saya terkejut sebab rata-rata yang datang bagi komen tentang persembahan Berdosa semua sangat “Musik”. Soalan pasal penulisan, lirik, band referens. Saya ingat masa tu saya rasa macam “i’m home”.

Dengan rasa hormat Eze anda pernah bermain muzik di Australia jika tidak silap, Amber mempunyai pengalaman ‘mainstream’ meluas dan tidak lupa juga Ravi, apakah permasalahan/kekurangan scene muzik (underground & mainstream) di negara kita?

Kami harap semua orang yang sokong band-band tempatan untuk datang show, support dan beli merchandise band so band-band ini boleh teruskan usaha mencipta dan bermain muzik. Selain itu, Organizer festival besar patut lebih aktif mencari dan memberi peluang pada band-band underground untuk bermain jika mereka ada potensi dan bekerja keras. Kalau setiap tahun hanya band yang sama bermain festival-festival ini, itu menunjukan tiada progress dalam scene kita jadi setiap orang ada peranan untuk main untuk membangunkan scene tanah air.

Saya selalu dianggap poyo dari segi bab gear dalam band ini, dan oleh sebab itu, saya akan mulakan kritikan saya di situ. Saya percaya sebagai seorang pemuzik, anda patut bersedia dalam semua hal. Maksudnya, anda perlu kenal gitar, kabel, head dan cab. Ini yang saya belajar ketika bermain muzik di Emiriah dan Australia. Memiliki gear sendiri itu amat penting, kerana tak ada sesiapa pun yang akan meminjamkan anda head ataupun cab. Saya pernah bermain di tempat yang tiada channel untuk DI bass head ke PA dan orang yang menjaga sound tidak faham cara nak gunakan fader. Saya faham bahawa di Malaysia, etos DIY itu memang menjadi kebiasaan ramai, tapi kalau penganjur sendiri tak mahu mengambil serius tempat gig mahupun sound system, maka saya memang tak salahkan crowd-lah, jika jumlah mereka makin kecil selepas 2-3 band naik pentas.


Apakah yang dapat kita harapkan dari Berdosa buat masa akan datang?

Kita sedang dalam proses membuat EP seterusnya & video muzik juga, plan untuk release pertengahan tahun depan. Selain itu, kita akan sambung main, cari dan organize gig –gig underground sebab ada banyak band-band best. Juga, kami hendak meluaskan lagi muzik berdosa ke luar negara dengan menganjurkan jelajah bersama band-band tempatan dan luar negara. Pada masa ini, sedang berbincang dengan satu band di China untuk membuat jelajah disana untuk tahun depan jadi harap menjadi.

Ikuti perkembangan mereka ini: 


Oleh Hilmi H 
Hilmihmusic@gmail.com 

Hantar bahan kugiran anda pada kami. Terima kasih kerana menyokong usaha kami demi mengembangkan lagi "scene" tanah air kita.

SEKUMPULAN ORANG GILA: JELAJAH DERMAGA

Dari Kiri ke Kanan: Nazrin, Adek, Riko, Amsyar dan Qayyum.

Sekumpulan Orang Gila (SOG), kugiran Post-Hardcore yang berasal dari Batu Caves telah mengumumkan mereka akan kembali menjelajah di sekitar tanah air kita bersempena dengan rilisan album terbaru selepas 3 tahun iaitu bertajuk DERMAGA. Kita akan ulas tentang album itu pada masa akan datang. Nantikan!


JELAJAH DERMAGA


Dermaga bermaksud satu binaan tempat untuk kapal berlabuh dan ditambat untuk proses pemuatan dan pemunggahan kargo. 


Jadi apakah yang tersirat album dan jelajah buat kuartet ini. Inginkan jawapan? Marilah kita turun menyaksikan SOG di Dermaga yang berhampiran kawasan anda nanti. Ini adalah risalah tarikh dan tempat untuk jelajah supaya anda semua boleh mengunci tarikh.


Kami sempat bertanyakan beberapa soalan kepada SOG untuk mngatakan sesuatu tentang jelajah mereka ini.

Apa makna buat SOG dapat melakukan Jelajah di serata Malaysia?

- Sangat bermakna buat kami kerana dalam scene underground tempatan, ia adalah perbuatan yang berani untuk kugiran membuat kelajah di Malaysia apatah lagi muzik yang seperti SOG ini. Jadi kami harus lebih ekstra dalam persediaan dari semua aspek sebab kami buat jelajah ini 100% “DIY” dengan bantuan beberapa teman-teman baik kami di negeri-negeri yang akan kami singgah waktu jelajah nanti.


     Siapakah barisan SOG untuk jelajah ini?

Oleh kerana Amsyar masih study di New Zealand, kami akan menggunakan seorang sessionist untuk ganti posisi Amsyar. Zainuri Sahahrin atau dikenali sebagai Rain dari kugiran Cycryptic akan menggalas tugas itu.

Gambar oleh @andy_cascarino 

  Berapa harga CD dan juga "merch" lain yang bakal dijual nanti?

Macam biasa, RM25 sekeping. Tapi kalau beli pakej dengan “merch” kami yang lain, akan ada diskaun :)

Pesanan kepada yang bakal hadir untuk Jelajah Dermaga?

Kalian harus datang dari mula acara sebab kugiran pembukaan semua padu belaka! Dan kami akan mempersembahkan lebih 10 buah lagu di setiap tempat jadi mohon hafalkan semua lirik lagu dalam album Dermaga dan juga Bahtera. Boleh “sing along” nanti! Oh ya, jangan lupa bawa duit ekstra sebab kami akan jual pelabagai jenis “merch” baru. Kalau nak tahu, datang! Hahaha :p

Sedikit petunjuk kelainan yang SOG akan persembahkan di jelajah.

Kalau nak tahu, kena datang :p

Apa perkara yang anda rindu tentang Borneo?

“Vibe live shows” dekat sana lain. Makanan, suasana dan masyarakat di sana.

Kenapa anda semua harus datang ke Jelajah Dermaga?

Kepada kalian yang rindukan "hype scene" muzik keras, inilah peluang yang terbaik buat korang hadir. Kami SOG akan sentiasa memastikan ‘api’ muzik post-hardcore dan metalcore di Malaysia tidak padam, malah bias tembus ke telinga pendengar antarabangsa. Dengan berbekalkan segala pengalaman 10 tahun kecil kami ini, kami akan pastikan kalian tidak akan kecewa dengan siri Jelajah Dermaga kami ini. WE ARE STRONGER THAN BEFORE!

   Mereka juga telah muat naik beberapa lagu mereka dari album DERMAGA di YouTube.

Sedutan lagu-lagu di dalam DERMAGA:




Ikuti perkembangan mereka ini:






Oleh Hilmi H


Hantar bahan kugiran anda pada kami. Terima kasih kerana menyokong usaha kami demi mengembangkan lagi "scene" tanah air kita.

Cycryptic & Zygomorphic.

Dari Kiri ke Kanan: Azzim, Khairy,  Rain, Basir dan Hanif.


Kugiran 5 orang yang bertempat di Batu Gajah, Perak ini sebelumnya dikenali sebagai Crackbang Cabbage. Pada tahun 2015, mereka telah meriliskan single Amygdala berkonsepkan Metalcore dan pada tahun 2018 mereka telah mengalami kebangkitan semula yang lebih meyakinkan dengan menukar nama kepada Cycryptic. Mereka menyatakan bahawa mereka tidak meletak sebarang genre spesifik yang melambangkan musik mereka kerana ingin memberi satu persoalan buat para pendengar single terbaru mereka Zygomorphic untuk menggambarkan apa pembawakan mereka ini. Ayuh! Mari kita mengenali kugiran ini dengan lebih mendalam lagi.


Logo Cycryptic.

Klip video rasmi mereka sempena penukaran arah ke Cycryptic.



Perbezaan yang ketara dari segi permainan musik Amygdala ke Zygomorphic dapat anda rasakan. Mereka tampil lebih padu dari rilisan sebelum ini. Adakah ini disebabkan pengalaman diperoleh dari individu kugiran ini yang banyak menimba ilmu dari kugiran yang lebih senior?

Azzim pernah bermain untuk kugiran Crimsonxdawn bergenrekan "Crossover Hardcore Punk".







Basir bermain bersama kugiran Crimsonxdawn dan Warhead.







Khairy atau dikenali sebagai Koey pernah mengisi posisi vokalis buat Sekumpulan Orang Gila (SOG).












Zainuri dikenali sebagai Rain telah banyak mencuri perhatian terutamanya setelah mengisi kekosongan Hero Gitar Metalcore iaitu Godoy dari Massacre Conspiracy sejak 2016 sehingga kini. Selain itu, perjalanan Rain bermula sebagai "sessionist" terhangat di scene bawah tanah kita dengan kugiran Carthreena kepada MC16, SOG dan Project Umbra.



Kami juga berkesempatan melakukan temubual bersama CC. 



Apa yang menarik di Batu Gajah dan di Perak?

Nasi Vanggey, Kellie's Castle & Kapal Korek.

Band yang bagus di Perak?

Most of the bands in Perak bagus-bagus belaka baik band baru atau yang lama.

Korang merupakan kugiran baru, tidak lama kemudian korang telah ubah nama dan juga genre kugiran korang. Mengapa?

Kami merasa bahawa arah tuju kami sudah tidak berapa sesuai dengan nama dan branding terdahulu. Oleh itu, Crackbang Cabbage dilahirkan semula sebagai Cycryptic.

Apakah maksud disebalik Cycryptic dan nama tersebut melambangkan apa?

Cycryptic adalah hasil  gabungan dua perkataan iaitu Cryptic (sesuatu yang mempunyai maksud tersirat) dan Cyclic (kitaran). Dua elemen ini memang diterapkan dalam komposisi dan lirik kami secara keseluruhannya.

Pengaruh genre dan kugiran idola? 

Rain - Muse.

Azzim Mostly 70’s : Rock, Psychedelic and current Rock n Roll bands/Indonesian mostly : Earthless, Mooner, The Sigit, Rachun, Kelompok Penerbang Rocket, The Changcuters & more.

Khairy - Influence more to Metalcore and Deathcore. Band idola BMTH, Oceans Ate Alaska, Make Them Suffer, Suicide Silence, Asking Alexandria & MCR.

ZYGOMORPHIC

Apa maksud tersirat Zygomorphic? Berapa lama masa yang diambil untuk menyiapkan ia dari lirik ke melodi?

Having floral parts unequal in size or form so that the flower is capable of division into essentially symmetrical halves by only one longitudinal plane passing through the axis. Kami lebih suka pendengar menilai maksud tersirat muzik kami berasaskan definisi individu. Hal ini kerana lirik kami secara amnya boleh dikaitkan dengan pelbagai konteks kehidupan. Rain berkata mereka hanya memerlukan 2 bulan sahaja untuk menyiapkan lagu tersebut.

Gig pertama membawa lagu ini, apakah reaksi dorang. Reaksi para pendengar setakat ini. 

Penerimaan crowd agak baik dan mostly respond yang diterima adalah amat positif dan kebanyakan crowd menantikan release kami yang seterusnya.

Berikan sedikit info tentang perancangan pembikinan album atau EP?

In progress. EP release dalam masa terdekat.

Apa para pendengar boleh jangkakan terhadap rilisan dari korang pada masa akan datang?

Sebagai sebuah band experimental, kami akan cuba memuatkan lagu yang mempunyai vibe yang berbeza-beza. Campuran elemen muzik yang berlainan genre, style juga akan menjadi fokus kami dalam setiap track.

SOUNDSTAGE


Apa para penonton boleh jangkakan dari CC?

Most of the band semestinya akan membuat persembahan sebaik mungkin jadi kami juga akan membuat persembahan yang mungkin ada kelainan sedikit dari segi performance di atas stage.

Top 6 band yang  anda rasa bakal menyerlah di Soundstage.


Tiada nama yang spesifik kerana hampir 80% band yang bertanding kami masih belum menonton persembahan mereka. So it's too early to judge dan kami percaya semua band yang menyertai Soundstage mempunyai keunikan dan 'WOW Factor' yang tersendiri.       

HARAPAN CYCRYPTIC


Kenapa CC perlu diberi perhatian dan sokongan dari kalangan penyokong scene tanah air kita?

Hal ini bergantung kepada crowd dan pendengar sendiri. Dari pihak Cycryptic, kami akan cuba mengeluarkan material dan rilisan yang terbaik dan berkualiti dan sama ada ia diterima atau tidak, mendapat 'support' atau tidak, ia bergantung kepada pendengar sendiri.

Pembaharuan yang perlu dilakukan di scene negara kita terutama di tempat korang di Perak?

Tiada jawapan kerana kami juga masih mentah dan baru di dalam scene untuk memberi komen mendalam terhadap scene yang usianya lebih tua dari kami sendiri. Dan kalau ada pun mungkin bands, crowd dan organizer boleh improve dari segi pengurusan masa dalam konteks gig dan show.

Harapan buat kugiran anda Cycryptic? 

Sebuah band pastinya mempunyai impian untuk 'grow big' dan mendapat tempat di hati pendengar dan peminat. Namun begitu, sama ada impian tersebut boleh direalisasikan atau tidak bergantung sepenuhnya kepada kami (rilisan berkualiti, promotion & etc). Kami juga berharap agar band ini dapat kekal lama dan sentiasa konsisten dan memberi yang terbaik dari setiap aspek dalam dunia muzik Malaysia.



Ikuti mereka di:

Facebook
Instagram
Twitter
YouTube

Oleh Hilmi H


Hantar bahan kugiran anda pada kami. Terima kasih kerana menyokong usaha kami demi mengembangkan lagi "scene" tanah air kita.




STEEL melancarkan lagu "Aku dan Kenangan" ada tempatkah dihati peminat???



Seperti sedia maklum,sebuah band Rock Heavy Metal dari kuala lumpur yang sedang meningkat naik ini, banyak membawakan lagu-lagu Pure Heavy Metal berbahasa English oleh kerana mereka menanda tangani perjanjian di sebuah syarikat rakaman di eropah dan juga secara langsungnya mempromosikan mini album pertama mereka di eropah bertajuk "Fear Is A Liar" pada tahun lalu, tahun ini penulis banyak memerhatikan dan mengikuti pergerakan kumpulan STEEL yang setanding dengan band rock tempatan malahan mereka lebih argesif dari band yang sedia ada, ini satu perjalanan baik untuk band STEEL ini, harap di kekalkan dan terus menerus memperjuangkan Industri Muzik Rock Tempatan.

Semalam Penulis melihat kumpulan ini lancarkan lagu Easy Listening berbahasa melayu mereka bertajuk Aku dan Kenangan , di sini penulis mahu memberikan sedikit komentar terhadap lagu tersebut,.

Dari segi susunan penciptaan mereka sangat tepat dan sesuai di dengar oleh semua lapisan masyarakat tempatan, dari segi seni kata juga sangat puitis , apa yang penulis faham, seni kata lagu ini di tujui kepada insan yang tersayang yang telah kembali ke 'Alam Baqa' , dan kita semua mengharapkan kasih dari tuhan yang maha esa.

Pada pendapat penulis susunan lagu ini sangat kemas, walaupon ini satu permulaan mereka untuk mempromosikan STEEL di tanah air, kumpulan ini seharusnya mendapat tempat dihati peminat rock tempatan kerana memperjuangkan Muzik, Persembahan , mereka seperti mengembalikan era 80'an itu pendapat natizen yang penulis selalu dengar , tapi pada pendapat penulis pula, muzik rock ini tak pernah tengelam atau ketingalan zaman, mereka ini adalah penyambung generasinya, penulis di fahamkan STEEL akan beraksi di pentas Rentap Rockers sebuah rancangan TV yang akan terbit di saluran televisyen popular tempatan , STEEL bakal beraksi bersama 40 band lagenda tempatan untuk meraih siapakah Juara Rock??, tahniah buat STEEL.. teruskan perjuangan anda, Kami semua mahukan anda.. kerana anda penghibur.... kenapa penulis berkata begini?? kerana pemuzik begitu ramai tetapi pakaj penghibur sangat jarang dan sukar kita jumpai, kumpulan ini ada pakaj tersebut, tahniah sekali lagi buat STEEL teruskan pejuangan semua. di sini penulis tinggalkan lagu Aku & Kenangan untuk di hayati oleh pembaca IROCK MAGAZINE terima kasih dan salam hormat.


STEEL - AKU DAN KENANGAN 


  


Ikuti perkembangan STEEL : 

AS OUR THRONE / BUTIRAN EP 30 : 30


Dari Kiri : Awe, Ezki, Faz, Raja dan Iqbal.
Gambar oleh Ewan Rush.

   


EP DEBUT 30 : 30



Genre : 

Metalcore

Track Listing :

1. System - 4:53
2. Anonymous - 3:55
3.  30:30 - 2:55
4. Inhumane - 4:35
5. Infinity - 4:48

Butiran Harga:

30:30 EP CD                                                       RM15
AOT 30:30 T-shirt (Saiz S hingga XL)                 RM50 
Pakej Bundle (T-shirt + CD)                                RM60


Hantar pesanan ke asourthrones@gmail.com



Oleh HILMI H 


Hantar bahan kumpulan anda pada kami. Terima kasih kerana menyokong usaha kami demi mengembangkan lagi "scene" tanah air kita.

KOMENTAR